Resepi kali ini akan menggabungkan resepi sup berempah dan makanan sunnah iaitu Habbatus Sauda. Resepi Sup Makaroni ini sesuai buat kamu yang ingin menikmati hidangan tanpa daging. Cara menyediakannya tersangatlah mudah dan boleh disediakan pada hari bekerja dan masa penyediaan dalam 30 minit.

Bahan-Bahan

  • 50 gram makaroni
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk lumat)
  • 1 batang kayu manis (diketuk-ketuk sedikit)
  • 3 biji bunga lawang
  • 1st habbatus sauda
  • 1sb minyak untuk menumis
  • 500ml air untuk merebus makaroni
  • 500ml air untuk sup
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng secukupnya

Cara Penyediaan Resepi Habbatus Sauda

  1. Rebus makaroni dengan 500ml air dan masukkan bersama sesudu minyak masak bersama dengan sudu besi. Rebus sehingga makaroni kembang dan empuk. Apabila sudah empuk tapis dan biarkan seketika.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia,bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan makaroni dan habbatus sauda dan teruskan memasak sehingga 5 minit.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Jangan masak terlalu lama kerana dikhuatiri makaroni akan pecah.
  7. Apabila siap hidangkan bersama dengan bawang goreng.

Resepi Sup Makaroni Habbatus Sauda ini merupakan sajian yang menyihatkan dan amat sesuai buat golongan yang mengalami demam dan masalah penghadaman seperti angin didalam perut.

Komen dgn Fesbuk

komen