Kepada penggemar makanan seafood, mesti anda akan terasa keinginan untuk makan makanan yang berunsurkan ketam? Paling menyelerakan apabila ketam itu dimasak dengan cara sambal merah.

Bila terbayang warna sambal dan rasa ketam itu, pasti ada anda akan terasa nikmat apabila ia mula masuk ke dalam tekak anda. Pergh!! Tiba-tiba Abang Brian terasa nak makan ketam sambal pula hari ini!

Okay, jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. Sangat mudah!!

Bahan-bahannya :

  • 4 ekor ketam [cuci bersih, buang bahagian yang tidak perlu dan toskan]
  • 1 batang serai
  • 3 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula [secukup rasa]
  • 1 pokok daun ketumbar [dihiris]

Bahan kisar :

  • 15 tangkai cili kering [rendam dan kisar]
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • sedikit belacan [kalau suka]

Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak
  • Tambahkan air jika terlalu kering
  • Masukkan serai dan sos cili
  • Masak hingga kuah pekat
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan ketam dan biarkan ketam masak dan empuk
  • Taburkan hirisan daun ketumbar
  • Tutup api dan hidangkan

Komen dgn Fesbuk

komen