Jauh disudut hati setiap individu mesti ada yang inginkan bulu mata yang panjang dan lebat kan? Bila bulu mata panjang dan lebat, kawasan mata mesti akan nampak lebih besar dan cantik.

Kepada kaum wanita pula, takkan lah setiap masa asyik nak tepek mascara je bila outing. Tetapi tidak semestinya individu yang tidak mempunyai bulu mata panjang tu tak menawan. Setiap orang ada kecantikannya masing-masing kan.

Jom Abang Brian belanja petua untuk anda panjang dan lebatkan bulu mata anda tanpa menggunakan produk yang mahal.

  • Sikat dengan kerap

Bulu mata ini umpama rambut juga tau, kena sentiasa belai dan sikat supaya sentiasa sihat. Anda boleh menggunakan penyikat yang di khusus khas untuk bulu mata.

  • Sapu vaseline setiap malam sebelum tidur

Vaseline menggunakan petroleum jelly yang dapat membantu untuk pertumbuhan bulu mata anda. Ambil sedikit vaseline dengan menggunakan cotton bud dan sapu di bahagian bulu mata. Pastikan setiap helaian tu kena tau!

  • Gunakan minyak semula jadi

Minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak jojoba mengandungi mineral, vitamin dan agent yang sangat bagus untuk memanjangkan bulu mata anda. Nak lagi best? Ia juga boleh melembapkan!

  • Vitamin E

Gunakan losyen yang mengandungi vitamin E untuk proses memanjangkan bulu mata.

  • Vitamin B

Makanan seperti avocado, kobis bunga, almond, sayur-sayuran dan kacang merupakan antara makanan yang kaya dengan vitamin B. Malah ia juga dapat menyihatkan rambut selain memanjangkan bulu mata.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : siraplimau

Komen dgn Fesbuk

komen