Haa kepada semua pembaca abangbrian.com yang request minta tolong kongsikan cara memasak IKAN SIAKAP SWEET SOUR, hari ini Abang Brian akan tunaikan permintaan anda. Chewah!

Okay, mungkin ada sesetengah pihak yang beranggapan nak menyediakan sajian ini terlalu complicated tetapi kali ini Abang Brian boleh guarantee sebenarnya sajian ini senang sahaja untuk disediakan.

Tak percaya? Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sued besar cili giling
  • 2 biji tomato
  • 1 mangkuk nenas yang dipotong kecil (mengikut citarasa anda ye)
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 biji bawling besar yang sudah dipotong bulat-bulat
  • Beberapa helai daun bawang untuk dijadikan hiasan

Bahan until dicincang :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan :

  • Goreng ikan sehingga garing
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, putih dan halia yang sudah dicincang. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan tomato yang judah dihiris kasar dan selepas itu masukkan sos cili.
  • Campurkan sedikit air dan biarkan sehingga ia mendidih
  • Letakkan sos ikan, nenas dan bawnag besar sekali gus.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Apabila ia sudah siap dimasak, tuangkan kuah ke atas ikan yang sudah digorengkan tadi dan hiaslah mengikut kreativiti anda ye.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Rasa

Komen dgn Fesbuk

komen