Mesti ada segelintir ibu bapa diluar sana yang berhadapan dengan masalah dimana anak-anak mereka mengalami masalah kencing ketika tidur atau lebih dikenali dengan nama ‘kencing malam’. 

Tetapi sampai bila kita asyik nak kena jemur tilam tu je? Atau sampai bila nak kena tutup hidung dengan bau hancing bila masuk ke dalam bilik?

Haa kali ini jangan risau sebab Abang Brian akan kongsikan petua untuk elakkan anak anda daripada kencing malam. Yang penting kena consistant tau. Jangan skip ye!

Petua #1 – Cuba cari sarang semut yang biasanya dibuat daripada pasir atau tanah. Ambik sedikit tanah dari sarang itu dan campurkan dengan sedikit air.

Kemudian, sapur campuran tadi ke perut dan bahagian belakang anak anda. Nak lagi elok, untuk yang beragama Islam boleh baca selawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali sambil menarik nafas.

Petua #2 – Sediakan ramuan madu lebah. Perahkan sedikit air limau nipis ke atas sudu dan letak sedikit madu lebah. Kemudian suruh anak anda minum campuran itu tadi. Seelok-eloknya amalkan setiap pagi dan sebelum tidur.

SELAMAT BERAMAL

Sumber : petuatradisional

Komen dgn Fesbuk

komen