Kebanyakkan rakyat Malaysia memang sangat cintakan masakan pedas kan? Yela rasa macam tak complete kalau tak ada makanan pedas, at least kena ada 1 – 2 lauk yang pedas especially sambal.

Ramai yang beranggapan bahawa orang yang suka makan sambal ini sebenarnya orang Jawa sahaja. Hello, jangan lupa tau darah yang mengalir dalam badan kita ini mungkin darah ‘Jawa’ juga sebab kebanyakkan nenek moyang kita berasal dari sana.

Tak pun, apa kata anda kaji balik asal usul keluarga anda. Okay jom kita berbalik pada sambal.

Entri kali ini Abang Brian nak kongsikan resepi untuk membuat sambal hitam. Senang sahaja nak buat.

Bahan yang diperlukan : 

  • ½ cawan belimbing buluh/asam (rebus)
  • ½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
  • Bawang besar

Cara penyediaan :

  1. Jerang air untuk merebus belimbing asam atau belimbing buluh pilihan anda. Namun, pastikan anda menggunakan kuantiti belimbing yang segar supaya enak rasanya.
  2. Basuh dan toskan ikan bilis. Tumbuk sehingga lumat. Boleh juga gunakan pengisar makanan jika anda mahu senang.
  3. Kisar pula bawang besar kuning atau bawang merah bersama cili padi. Letak di tepi.
  4. Kisar belimbing. Letak di tepi.
  5. Hiris nipis bawang. Anda juga boleh menggunakan bawang besar kuning jika mahu rasa yang sedikit manis.
  6. Panaskan kuali mengoreng pada api serdehana. Masukkan minyak.
  7. Goreng bawang sehingga layu, masukkan pula campuran bawang besar dan cili api yang telah siap dikisar. Goreng sehingga naik bau dan sedikit garing.
  8. Masukkan pula ikan bilis dan masak sehingga kesemuanya menjadi garing keemasan. Goreng sehingga tekstur bahan gorengan menjadi kering.
  9. Masukkan belimbing kisar sambil perlahankan api. Jangan lupa tuangkan kicap!
  10. Masak sehingga campuran menjadi rangup sekaligus bertukar warna gelap.
  11. Cuba rasa dahulu. Jika perlu, anda boleh tambahkan gula atau garam sesedap rasa.
  12. Jika ikan bilis yang digunakan telah masin, jangan masukkan garam terlalu banyak okay?

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : wanista

Komen dgn Fesbuk

komen