Kepada anda yang tidak suka makan ikan, anda memang sangat rugi! Tahu tak kenapa? Sebab ikan mempunyai protein yang sangat tinggi yang diperlukan untuk badan anda.

Tetapi kalau anda masih tak suka makan ikan, apa kata anda cuba resepi ikan pekasam. Haa confirm rasa ‘suka’ itu akan timbul!

Meh Abang Brian ‘belanja’ cara untuk menyiapkan resepi ikan pekasam dan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • Ikan : Biasanya orang buat ikan pekasam menggunakan ikan air tawar. Tapi tak ada masalah kalau hendak guna ikan laut seperti ikan gelama. Ikan itu mestilah dibersihkan dengan sebersih bersihnya dan pastikan perut ikan dicuci sampai bersih.
  • Garam : Pastikan gun 100gram garam untuk 1 kilo ikan tau!
  • Beras : Sangai terlebih dahulu. Apabila sudah siap, tumbuk sehingga menjadi lumat tetapi jangan terlampau lumat pula.
  • Asam keping : ¬†Ada juga orang yang tidak letak asam jawa atau asam keping. Sebabnya, beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terpulang pada anda.

Cara Penyediaan:

  1. Sebaik sahaja ikan siap dibersihkan, masukkan garam sebanyak 100gram untuk 1 kilo ikan. Masuk dalam bekas dan tutup rapat-rapat sebelum simpan ke dalam peti ais untuk semalaman.
  2. Kemudian ambil beras yang sudah disangai dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
  3. Susun ikan tadi ke dalam bekas dan setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping kemudian tutup bekas itu serapat-rapatnya.
  4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Sebaik sahaja air garam itu suam, masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
  5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
  6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul-betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : petuabonda

Komen dgn Fesbuk

komen