Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai bentuk bibir yang berbeza-beza, sama juga dengan Abang Brian (hehehe, nak juga selit!)

Tapi kan, pernah tak anda terfikir maksud disebalik bentuk bibir anda? Semua yang ada pada anda sebenarnya mempunyai maksud tersendiri.

Jom kita tengok antara maksud disebalik bibir anda itu.

Bibir Tebal

Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Bibir Kecil

Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

Bibir Tipis

Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit

Dikaitkan sebagai seorang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman

Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat

Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

Sumber : Kesihatanonline

Komen dgn Fesbuk

komen