Cuaca Malaysia yang agak panas memang akan membuatkan kita mahu kerap membasahkan badan atau dalam erti kata lain ‘mandi’ tetapi anda sedar tak apa kesilapan yang selalu anda lakukan ketika mandi tanpa anda sedar?

Haa mesti tak sedarkan? Okay tak apa, jom kita tengok antara kesilapan yang kita buat tanpa sedar.


  • Mandi dengan air panas terlampau lama

Mandi dengan air panas dapat membuatkan kulit anda kering dan mandi dengan air sejuk pula akan memberi kesan yang lebih baikuntuk menyegarkan badan selepas penat seharian.


  • Mandi dengan sabun terlampau banyak

Buih sabun yang terlampau banyak akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Terdapat bahan yang dinamakan surfactant yang akan menarik air dan minyak semulajadi daripada kulit.


  • Tidak membilas badan dengan sabun sebersihnya.

Bahan kimia terdapat pada sabun akan membawa kepada kerengsaan kulit. Namun terdapat juga jenis pembersihan kulit yang memang dicipta untuk memberi kelembapan pada kulit. Tetapi kalau anda menggunakan sabun mandi biasa, pastikan bilas betul-betul dengan air bersih.


  • Memakai mask muka selepas mandi

Mask muka sepatutnya dipakai sebelum membersihkan muka. Membersihkan muka sebelum dan selepas memakai mask akan membuatkan kulit wajah jadi kering. Produk yang mahu dipakai selepas mandi haruslah yang jenis menghidrasi dan bersifat “mengunci” kelembapan bukan bersifat “pembersihan”.


  • Mengabaikan sesetengah bahagian

Adakah anda pasti akan membersihkan keseluruhan badan anda? Selalunya bahagian belakang leher, celah jari kaki, tumit, dan bawah lengan antara yang selalu diabaikan.


  • Mengelap dengan tuala secara kasar.

Antara tabiat yang membawa kepada rambut rosak adalah mengeringkan rambut secara kasar menggunakan dengan tuala. Begitu dengan badan anda. Keringkan badan badan menggunakan tuala secara lembut.


  • Membersihkan rambut sebagai bahagian terakhir

Bahan dalam syampu dan kondisioner boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan bahagian muka dan badan dengan betul dan teliti selepas membersihkan rambut.


  • Tidak menggunakan produk pelembapan

Waktu terbaik untuk meyapu losyen dan krim pelembap adalah selepas waktu mandi. Selain lebih mudah menyerap, rutin ini juga akan membantu dalam mengelakkan masalah kulit kering kerana kulit kehilangan pelelembapan semulajadi selepas mandi.

Sumber : Wanista

Komen dgn Fesbuk

komen