Mungkin ada sesetengah daripada anda yang kurang pasti tentang khasiat daun pandan untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ia sebenarnya bukan sahaja boleh diguna pakai untuk memasak tetapi ia juga mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.

Abang Brian pasti selepas anda membaca entri ini, pasti anda akan rasa ingin menanam pokok pandan untuk kegunaan makanan, kesihatan dalaman dan kecantikkan.

Jom kita tengok antara kkhasiat yang anada boleh dapat menerusi daun pandan. Jangan terkejut tau!

  • Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Selepas itu, biarkan ia menjadi suam dan minum airnya. Amalkan cara ini untuk membantu menurunkan tekanan darah anda.

  • Matikan kuman dalam darah

Jika anda mengamalkan minum air pandan yang sudah direbus secara konsisten, ia juga dapat mematikan kuman dalam darah supaya tubuh anda lebih sihat.

  • Melincinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik dan amalkan minum air perahan itu bersama dengan buah pisang. Cuba dulu ye!

  • Mengecutkan rahim

Bagi kaum wanita yang baru sahaja melahirkan anak, rebus akar daun pandan itu dan minum selama 40 hari.

Sumber : petuatradisional

Komen dgn Fesbuk

komen