Sebut sahaja pasal ‘Puding Karamel’ pasti ramai yang akan terliur dengan kesedapan dan kenikmatan apabila ia melalui anak tekak, pergh!! 

Kebanyakkan puding karamel ini menggunakan banyak telur kan? Tapi kali ini Abang Brian nak kongsikan resepi puding karamel tanpa telur yang Abang Brian lihat di iResepi baru-baru ini. 

Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. 

Bahan-bahan untuk puding :

  • 1 paket agar-agar (10g) 
  • 1 tin susu cair 
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 4 cawan air 
  • 3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan) 
  • 3 sudu besar tepung kastard 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
Cara penyediaan untuk gula karamel :
  1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata. 
  2. Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci). 
Cara penyediaan untuk membuat puding :
  1. Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk. 
  2. Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul. 
  3. Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat. 
  4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi. 
  5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.

 

Sumber : iResepi

Komen dgn Fesbuk

komen