Malas untuk bersenam? Haa jangan risau, anda boleh gantikan senaman kepada menari. Tahu tak, jika anda menari ia juga dapat membakar lemak yang berlebihan sehingga 400 kalori dan ia juga bergantung pada jenis tarian anda.

Lagi banyak movement ketika anda menari, lagi banyak lemak itu akan terbakar. Pastikan tarian yang anda lakukan itu menggunakan langkah yang betul dan dapat memberi kesan kepada keseluruhan badan anda.

Untuk pengetahuan anda, ramai artis Hollywood gemar mengamalkan senaman tarian kardio untuk mengekalkan tubuh badan yang langsing dan cantik.

Haa daripada anda buang duit bayar yuran untuk ke kelas tarian, apa kata anda ikut sahaja rentak dalam video dibawah. Sangat jimat, boleh buat dirumah sahaja.

Sumber : Rapi

Komen dgn Fesbuk

komen