Kalau diperhatikan, kebanyakkan orang Korea dan Jepun mempunyai kulit wajah yang sangat cantik dan halus. Haa jangan fikir yang mereka ini hanya menggunakan pembedahan plastik tetapi sebenarnya kebanyakkan daripada mereka sentiasa mengamalkan cara penjagaan kulit yang betul disamping menjaga pemakanan mereka.

Jom kita bongkarkan rahsia kecantikan mereka yang mungkin dapat anda ikuti untuk memiliki kulit wajah yang cantik, halus dan mulus.

  1. Mereka mengamalkan minum teh hijau sekurang-kurangnya 1 – 2 kali sehari kerana ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
  2. Cleansing Oil menjadi pilihan utama mereka untuk penjagaan kulit muka kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.
  3. Penyegar wajah sangat dititik beratkan kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
  4. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
  5. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda 2 – 3 kali seminggu untuk menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
  6. Amalkan memakai face mask untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih mask yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya clarifying mask untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau moisturising mask.

Sumber : Eh!

Komen dgn Fesbuk

komen