Kepada peminat makanan seafood, pasti akan terbayang-bayang kelembutan isi ketam kan? Sebelum ini Abang Brian ada terima permintaan dari seseorang yang inginkan petua untuk membersihkan ketam.

Yela tak akan asyik nak makan dekat luar sahaja kan? Sekali sekala ingin juga makan ketam hasil masakan sendiri. So hari ini Abang Brian nak kongsikan cara untuk anda membersihkan ketam sebelum memulakan resepi anda.

  • Pastikan ketam itu sudah mati dan kalau ia masih bergerak, anda boleh rendamkan ia dalam air sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk buat sementara waktu. Anda juga boleh merendamkan ia dalam air suam yang sudah dicampurkan bersama garam.
  • Tarik cengkerang ketam perlahan-lahan dan kemudian buang semua isi atau lendir pada cengkerang itu.
  • Selepas itu, pusingkan badan ketam dan tarik benda yang seakan-akan segitiga pada bawah ketam itu. Nanti anda akan nampak insang ketam kan? Haa buang benda itu sekali termasuklah telurnya.
  • Jangan lupa bersihkan lemak ketam yang bewarna oren sepeti cheese cair itu.
  • Brsihkan kawasan disekitarnya dan potong pada dua bahagian.
  • Anda boleh gosok sedikit pada bahagian kaki dan penyepit itu untuk membuangkan lumut dan kotoran yang melekat pada kawasan itu.

Sumber : intanidrin

Komen dgn Fesbuk

komen