Rata-rata ibu bapa yang baru menerima cahaya mata baru pasti akan merasai kerisauan apabila anak merek mengalami ‘jaundice’ atau lebih dikenali sebagai demam kuning.

download

Demam kuning ini akan menyerang tidak kira sama anak anda pramatang atau tidur tetapi apa yang pasti, anak pramatang akan tinggi kebarangkaliannya. Yang penting, jangan panik.

Demam kuning ini terjadi kerana akibat sel darah merah yang sudah pecah. Lebih banyak sel darah merah pecah, lebih tinggi kadar jaundice ini.

Jom kita tengok antara petua untuk menghilangkan demam kuning ini.

  1. Berikan susu badan sekerap yang mungkin kerana ia dapat menggalakkan bayi anda membuang air besar supaya membuang bilirubin dari badannya.
  2. Amalkan memakan kurma dan madu sepanjang proses menyusuan kerana susu ibu merupakan susu terbaik untuk merawat bayi.
  3. Titiskan 5-7 susu kambing ke dalam mulut bayi anda yang mengalami demam kuning.
  4. Jangan jemur bayi anda kerana kulit mereka masih nipis dan kurang perlindungan! Kalau terpaksa sekali pun, pastikan jemur pada awal waktu Dhuha iaitu 8.30 – 9.30 pagi. Kalau lebih dari waktu itu, kulit bayi anda tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari.
  5. Ambil sedikit madu dengan menggunakan jari anda dan masukkan ke dalam mulut bayi anda. Amalan ini juga boleh digunakan untuk bayi yang tidak mengalami demam kuning.
  6. Bagi yang beragama Islam, anda boleh urut atas kening bayi anda dengan lembut sambil berselawat.

Abang Brian harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk semua pembaca abangbrian.com ye. Kalau anda ada permintaan untuk Abang Brian kongsikan apa-apa resepi atau petua, boleh tinggalkan komen.

Komen dgn Fesbuk

komen