Kawasan mata merupakan ‘spot’ paling menawan tidak kira lelaki mahu pun wanita dan sebab itulah ada pepatah ‘Dari Mata Turun Ke Hati’. Wahh gitu!

Mata juga boleh menunjukkan sama ada kita bercakap benar atau tidak hanya dengan merenung ke dalam mata kita. Haa jaga-jaga Cik Salmah.

Kecantikam mata perlu dititik beratkan, jangan ambil mudah sahaja. So kali ini Abang Brian nak kongsikan petua untuk penjagaan mata terutamanya pada lingkaran hitam bawah mata.

Petua #1

  • Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan.
  • Lekapkan hirisan kentang itu tadi pada sekeliling kedua-dua belah mata anda.
  • Biarkan seketika ┬áselama 10 – 20 minit.
  • Bilas dengan menggunakan air suam.

Petua #2

  • Perah lemon dalam cawan.
  • Sapukan perahan itu tadi perlahan-lahan pada kawasab bawah mata anda.
  • Amalkan 2 kali setiap hari.

Petua #3

  • Celupkan kain bersih ke dalam bekas yang diisi dengan air panas [jangan terlalu panas tau!]
  • Tekapkan kain itu pada mata anda dan biarkan dalam masa 15 minit.
  • Selepas itu, sapu sedikit krim pelembap pada sekitar mata anda.

Haaa senangkan? Untuk pengetahuan anda, banyak petua kecantikan yang datangnya dari dapur tau. Jangan terlalu mengharapkan produk kecantikan sahaja sehingga terlepas pandang kebaikan bahan yang ada di dapur anda.

SELAMAT MENCUBA!

Komen dgn Fesbuk

komen