Malaysia terkenal dengan masalah obesiti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia tidak kira jantina dan ini sangat membimbangkan. Lemak yang berlebihan dalam tubuh badan merupakan salah satu punca kesihatan tubuh badan semakin menurun dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada penyakit.

Lemak yang berlebihan juga cenderung untuk menyebabkan penyakit seperti obesiti dan masalah jantung. Abang Brian ingin kongsikan dengan anda satu minuman yang sangat awesome untuk mencairkan lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita :

  • 8 ½ cawan air yang ditapis
  • 1/2 timun yang dihiris nipis
  • 1/2 lemon yang dihiris nipis
  • 1 sudu teh halia parut (atau sesudu halia organik serbuk akar)
  • 12 helai daun pudina

Langkah-langkah dan cara penyediaan :

  1. Campurkan semua bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Keluarkan kepingan halia, lemon, dan daun pudina terlebih dahulu sebelum tuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.
  3. Sekiranya anda tidak dapat menghabiskan minuman itu pada hari yang sama, anda tak perlu risau sebab anda masih boleh simpan dan menyejukkannya selama 2 hari kegunaan.
  4. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam tempoh masa 4 minggu, sebab ianya adalah selamat dan sangat menghidratkan.

Haa amacam? Menarik kan? Tak perlu ambil pil kurus untuk membakar lemak degil. Hanya amalkan minum minuman ini setiap hari.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Lelakisihat.my

Komen dgn Fesbuk

komen