Sebelum anda mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan di abangbrian.com, anda dinasihatkan untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca terma dan syarat yang telah disediakan untuk memastikan tiada sebarang masalah yang akan berlaku. Kepada mereka yang melanggar syarat yang telah ditetapkan, pihak Team Abang Brian mempunyai hak untuk menarik balik hadiah yang dimenangi dan peserta itu tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Team Abang Brian.

  • Semua keputusan yang dilakukan oleh Team Abang Brian ada muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Team Abang Brian berhak untuk meminda peraturan ini pada bila-bila masa.
  • Sekiranya Team Abang Brian menyedari apa-apa penipuan dilakukan atau sebaliknya, kami berhak membatalkan penyertaan peserta itu menerusi peraduan yang disertainya tanpa memberi sebarang sebab dan notis.
  • Peserta mesti bersetuju untuk bekerjasama dan mematuhi semua permintaan dari pihak Team Abang Brian.
  • Semua peserta MESTILAH berumur 18 tahun ke atas ketika mereka menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Team Abang Brian dan mestilah warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta adalah di bawah umur 18 tahun, penyertaan mereka mesti diawasi oleh ibu bapa mereka atau penjaga yang sah.
  • Tempoh masa yang diberikan untuk pemenang untuk menyertai mana-mana peraduan yang dianjurkan oleh Team Abang Brian adalah seperti berikut: Ahli-ahli keluarga yang terdekat tidak layak untuk mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan. 
  • Sekiranya seseorang pemenang memenangi lebih daripada satu hadiah dalam sebulan, pemenang hanya akan diberikan hadiah untuk sekali sahaja. Team Abang Brian mempunyai hak muktamad untuk membatalkan kelayakan pemenang jika anda pernah menang dalam bulan yang sama. 
  • Team Abang Brian akan memaklumkan kepada pemenang melalui telefon atau e-mel. 
  • Pemenang perlu menuntut hadiah kemenangan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh pemberitahuan akan dibatalkan tanpa sebarang notis.

Komen dgn Fesbuk

komen