Penat seharian bekerja? Percayalah, segala kepenatan itu akan hilang apabila anak sambut kepulangan anda dengan pelukan, ciuman dan senyuman dari mereka. 

Anak yang bijak membuktikan apa yang diajar oleh ibu ayahnya sangat sempurna dan yang paling menggembirakan apabila anak-anak itu menjadi anak yang terbaik dari segi akademik, kelakuan dan bahasa.

Jom kita tengok antara cara yang boleh diamalkan untuk menjadikan anak itu bijak dari segala aspek. 

  • Luangkan masa

Cuba luangkan sedikit masa untuk melayan percakapan anak-anak ketika mereka masih kecil. Walaupun bahasanya kurang difahami tetapi yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti hargai.

  • Jangan suka-suka marah

Elakkan dari marah anak-anak apabila mereka lakukan kesilapan. Cara paling baik adalah dengan memberi penerangan dan kesan di sebalik kesalahan mereka itu.

  • Peluklah anak setiap hari

Banyakkan memeluk anak-anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa pelukan mampu mengeratkan hubungan dan mewujudkan perasaan saling percaya antara satu sama lain.

  • Hargai barang kesukaan anak

Jangan buang mainan atau apa sahaja barang kesayangan anak-anak anda sekalipun ia telah rosak. Jika anda mampu hormati hak mereka, percayalah mereka juga mampu lakukan perkara yang sama terhadap anda.

  • Doa ibu bapa sangat berkat

Sentiasa berdoa untuk kecemerlangan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan butir bicara percakapan anda kerana ini juga boleh dikategorikan sebagai doa yang mustajab. 

Sumber : Mingguan Wanita

Komen dgn Fesbuk

komen