Kepada anda yang mempunyai jerawat yang seakan-akan membengkak, ia berisiko untuk terus membengkak jika tidak dikawal atau diubati. Bengkak pada jerawat ini seringkali terjadi disebabkan condition jerawat yang mungkin kurang diberi perhatian. 

Jom kita tengok antara kesan yang akan terjadi apabila jerawat itu membengkak. 

  • Jerawat menjadi pecah dan kemudian mengeluarkan nanah
  • Bakteria akan tersebar ke bahagian lain

Scary kan kalau benda ini terjadi? Bukan sahaja kulit muka akan terjejas tetapi percayalah ia juga akan menjatuhkan tahap keyakinan diri anda. Jom kita tengok antara bahan yang terdapat di dapur anda yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat bengkak pada kulit wajah.  

  • Ais Batu 

Cara mengurangi pembengkakan jerawat yang pertama adalah dengan menggunakan ais batu kerana ia boleh memberikan kesan dingin yang membantu mengurangkan pembengkakan pada jerawat. Caranya pun sangat mudah, anda hanya perlu oleskan ais batu itu pada kawasan yang bermasalah sebaik sahaja anda sudah mencuci muka.

  • Air Garam

Air garam dapat membunuh bakteri dan juga kuman-kuman yang menjadi punca jerawat itu membengkak. Penggunaan air garam ini juga dapat dilakukan dengan menggunakan air jeruk nipis atau lemon agar lebih effective. Apa yang perlu anda lakukan, hanya cuci wajah anda sebersih-bersihkan dengan menggunakan air garam secara teratur. 

  • Bawang Putih

Manfaat bawang putih untuk jerawat sangat baik dalam membantu membunuh kuman dan juga bakteri, serta dapat membantu membersihkan kawasan yang bermasalah. Cara menghilangkan jerawat dengan bawang putih ini juga sangat mudah, hanya letakkan bawang putih [yang sudah dipotong] pada bahagian jerawat dan ia dapat membantu mengurangi pembengkakan pada jerawat anda.

  • Minyak Zaitun

Cara menghilangkan jerawat dengan minyak zaitun cukup dengan oleskan pada jerawat anda, sambil mengurut secara lembut pada jerawat anda.

  • Putih Telur

Putih telur juga merupakan salah satu cara mengurangi pembengkakan jerawat. Cara menghilangkan jerawat dengan masker putih telur hanya dengan oleskan putih telur pada bahagian wajah yang mempunyai masalah jerawat. Tunggu hingga beberapa saat, kemudian bilas dengan air sejuk ataupun dengan menggunakan air garam. 

Sumber : wajahjerawat

Komen dgn Fesbuk

komen