Ramai yang request dekat Abang Brian cara untuk menyediakan ketam masak lemak yang sedap dan mudah. Yela, selalunya orang suka ketam sambal dan sebagainya kan? Jarang kita dengar orang minat dengan ketam masak lemak. 

So entri kali ini Abang Brian dengan cara senang hatinya mahu berkongsikan bahan dan cara penyediaannya. 

Bahan yang diperlukan :

  • 4 ekor ketam
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 biji santan [boleh jugak ditukar santan kotak]
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa

Cara penyediaannya :

  1. Kisar semua bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup sehingga kasar.
  2. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. 
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk. 
  4. Kemudian tutup periuk dan biarkan api perlahan. 
  5. Apabila air dari bahan kisar dan ketam juga nenas sudah hampir kering, boleh terus masukkan santan. 
  6. Kacau perlahan dan biarkan mendidih, selepas itu masukkan garam serta serbuk perasa. 
  7. Biarkan sekejap atau mendidih sehingga masak. 

 

Komen dgn Fesbuk

komen