Betul ke orang kata lelaki yang mempunyai misai dan jambang ini dikatakan ‘macho’? Itu pun ikut pada cara penampilan diri juga tau. Dah kalau ada jambang dan misai tetapi tak jaga sampaikan misai itu pun bercantum dengan bulu hidung, haa baik anda kuburkan impian anda untuk nampak macho itu.

Bukan semua lelaki mampu untuk memiliki jambang dan misai, ada juga yang mempunyai masalah dimana jambang dan misai susah untuk tumbuh. Bagi anda yang ingin kelihatan macho dengan jambang dan misai itu, jom cuba petua dari Abang Brian.

  • Dapatkan telur udang atau ketam
  • Pastikan anda membersihkan kawasan jambang dan misai terlebih dahulu
  • Sapukan telur itu pada kawasan yang anda inginkan
  • Amalkan setiap malam sebelum tidur
  • Lagi bagus jika anda dapat amalkan setiap malam jika anda inginkan keputusan dengan cepat.

Tips ini juga anda boleh aplikasikan pada rambut dan kening. Ia juga bagus untuk bayi dan kanak-kanak yang rambutnya kurang lebat.

Komen dgn Fesbuk

komen