Semua pernah mengalami masalah batuk sama ada ia teruk ataupun tidak. Untuk pengetahuan anda, batuk terjadi disebabkan saluran pernafasan yang mengalami effection

Kebanyakkan dari kita lebih mempercayakan produk yang dijual di pasaran berbanding bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan batuk. 

Jom kita lihat antara bahan semulajadi yang boleh anda amalkan jika anda mengalami masalah batuk. 

  • Buah Badam

Buah badam memiliki kelebihan untuk menghilangkan batuk dengan cepat.  Sediakan 5-8 biji buah badam dan rendam di dalam air minimum 12 jam. Tumbuk atau giling buah badam sehingga lumat kemudian tambahkan satu sudu teh mentega. Selepas itu, amalkan makan buah badam itu setiap hari.

  • Buah Anggur

Anggur mempunyai sifat tersendiri yang dapat membantu mengeluarkan lendir pada saluran paru-paru. Buatlah jus anggur dan minum sehari dua kali, jangan terlalu banyak kerana rasa manis pada anggur juga mampu menyebabkan batuk.

  • Limau Nipis dan Kicap

Campuran limau nipis dan kicap sangat efektif dalam membantu manghilangkan masalah batuk. Ubat tradisional ini telah diguna pakai sejak masyarakat terdahulu. Bagaimana? Ambil satu limau nipis, dan perahkan ke atas sudu [buang biji terlebih dahulu], kemudian tuangkan sedikit kicap lalu minum terus. Selepas itu, jangan lupa minum air suam. Amalkan selama 2 kali sehari. 

  • Madu

Madu secara praktikal telah terbukti efektif dalam mengubati batuk dan gatal tekak. Campurkan satu senduk madu dengan satu gelas lemon tea dan minum. 

  • Daun Pudina

Ia digunakan sebagai ubat untuk mengatasi effection saluran pernapasan bagian atas, selsema, batuk, dan bronkitis. Rebus daun pudina ke dalam air yang telah mendidih selama 10 minit. Kemudian tambahkan madu dan perahan limau nipis pada air rebusan itu tadi. Selepas itu minum ramuan itu sehari 2 kali sehingga batuk hilang. 

  • Halia

Ambil halia secukupnya dan hiris sebelum dididihkan ke dalam gelas yang berisi air panas selama 15 minit. Perah sedikit lemon atau limau nipis dan minum sehingga habis. 

  • Banyakkan Minum Air Putih

Air putih sangat bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran. Memperbanyakkan minum air putih untuk menghilangkan batuk. Jangan sesekali minum air sejuk! 

  • Tinggikan Bantal Ketika Tidur

Posisi kepala yang lebih tinggi dari badan akan membuat lendir atau hingus di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernapasan. Anda hanya perlu menambah bilangan bantal di kepala ketika tidur.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami masalah batuk. Boleh sahaja kalau anda ingin mengambil ubat dari doktor atau farmasi tetapi jangan lupa, bahan semulajadi merupakan ibu segala ubat. 

Sumber : kasihpetua

Komen dgn Fesbuk

komen