Cuba bayangkan ayam KFC yang ranggup dengan kepedasan yang berlipat kali masuk ke tekak anda? Wahh nikmatnya! Haa jangan risau, lepas pada ini anda juga boleh menikmatinya terus dari dapur anda.

Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. Sangat mudah dan ringkas!

Bahan yang : 

  • 1/2 kg ayam, cuci bersih dan dipotong [mengikut selera]
  • garam secukup rasa
  • lada secukupnya
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 3 sudu besar tepung beras
  • minyak masak

Cara penyediaan :

  1. Lumur potongan ayam dengan garam, bawang putih dan lada.
  2. Simpan potongan ayam yang sudah dilumur itu tadi ke dalam peti sejuk sekitar 30 minit.
  3. Campurkan tepung serba guna, tepung beras, garam dan lada sampai rata.
  4. Keluarkan ayam dari peti sejuk kemudian masukkan potongan ayam ke dalam campuran tepung dan digaul bersama. Kemudian ayam dicelup ke dalam air sejuk, setelah itu masukkan kembali ke dalam campuran tepung.
  5. Goreng ayam dalam kuali deep fry dengan api kecil sehingga coklat keemasan.
  6. Angkat dan tapis untuk buang minyak.

SELAMAT MENCUBA!

 

Sumber : Wanista

Komen dgn Fesbuk

komen