Ramai yang tidak gemar memakai kaca mata kerana bagi sesetengah netizen, jika mereka memakai kaca mata ia akan memberi impak negatif yang membuatkan rupa atau penampilan menjadi tidak menarik. Betul ke?

Mungkin ada segelintir daripada anda yang terfikir untuk melakukan rawatan laser yang memakan kos terlalu tinggi sehingga boleh mencecah RM3,000 hingga Rm7,000.

Tetapi jangan risau, walaupun tanpa mendapatkan rawatan canggih sebegitu, anda masih mampu memperbaiki kesihatan mata anda dengan mengamalkan beberapa tips dibawah.

Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas

Pelihara mata anda dengan corak pemakanan yang betul! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik.

  • Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
  • Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak daripada terjejas disebabkan matahari. Kajian mendapati pengambilan sayuran bewarna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.
  • Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
  • Beri biru dan anggur secara tidak langsung mampu memulihkan penglihatan.
  • DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula dapat menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.

Lakukan Senaman Mata

Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sebaik sahaja anda bangun dari tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih. 

Pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!

  • Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
  • Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam. 
  • Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
  • Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
  • Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.

Mengambil Waktu Untuk Rehat Mata

  • Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya supaya ia dapat membaiki dan memulihkan secara semula jadi. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam. 
  • Buat individu yang perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk  alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. 

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Wanista

Komen dgn Fesbuk

komen