Jika anda seorang penggemar makanan Thailand, pasti anda sukakan udang celup tepung atau udang goreng tepung yang sering disediakan di kedai Thai. 
Takkanlah setiap kali anda nak makan udang celup tepung ala-ala Thai, nak kena pergi ke restoran Thai? Apa kata anda buat sahaja di rumah, lagi jimat!
Demi pembaca abangbrian.com , Abang Brian ada kongsikan resepi untuk menyediakan udang celup tepung ala-ala Thai.
Bahan yang diperlukan : 
  • 20 – 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit [kalau nak putih tak perlu letak kunyit]
Cara penyediaannya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul
  3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan [Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus]
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue [Pastikan benar-benar kering]
  6. Panaskan minyak [pastikan minyak banyak sehingga udang boleh tenggelam]
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung [Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung]
  8. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan
  9. Angkat dan toskan
Tips penting :
  • Pastikan udang betul-betul kering supaya dapat mengelakkan dari minyak meletup.
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza. Bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang dan jangan terlalu pekat.

 

Sumber : kongsiresepi

Komen dgn Fesbuk

komen