Masalah jeragat yang timbul pada wajah anda merupakan ‘kecacatan’ yang mesti anda akan rasa rimas dan boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang.

Pernah tak anda ambil tahu apa punca terjadinya jeragat sebelum anda menggunakan pelbagai produk untuk menghilangkannya?

Jom kita tengok antara punca terjadinya jeragat yang perlu anda tahu.

  • Matahari

Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

  • Kehamilan

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Jadi, ibu mengandung dasarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.

  • Rawatan Hormon

Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil.

  • Ubat- ubatan

Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ juga boleh menjadi punca jeragat yang jarang kita sedar.

  • Wangian

Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat. Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.

  • Hypothyroidism

Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda ye. Jangan malas-malas untuk ambil tahu tentang punca terjadinya jeragat pada wajah anda. 

 

Komen dgn Fesbuk

komen