Haa cuba anda bayangkan lala yang dimasak pedas masuk ke anak tekak anda? Pergh!! Sedapnya! Tapi tak akan lah setiap kali nak makan lala, kena pergi restoran je. Membazir duit minyak, tol dan segalanya tau.

Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah, lagi puas hati tau! Cara nak masak pun tidaklah susah mana pun. Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. 

Bahan-bahan : 

  • 1/2 kg lala 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 1 batang serai, dititik 
  • 2 helai daun limau purut, dicarik kasar 
  • sedikit air asam jawa 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 3 sudu besar minyak masak 
  • daun ketumbar, hiris kasar 
Bahan yang perlu dikisar halus :
  • 4 biji cili merah 
  • 4-5 biji cili padi 
  • 1/2 inci halia 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 

Cara Penyediaan : 

  1. Basuh lala dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi. 
  3. Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa. 
  4. Masukkan lala dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan sedikit gula. 
  5. Angkat dan taburkan daun ketumbar.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : iResepi

Komen dgn Fesbuk

komen