Niat dihati nak tahu pasal cara untuk menghilangkan bulu ketiak tetapi malu untuk bertanya. Haa sebab itulah orang tua selalu kata ‘malu bertanya, sesat jalan’.

Mesti kebanyakkan daripada anda mengambil jalan alternatif untuk terus mencukur bulu ketiak itu tetapi tahukah anda, makin dicukur makin lebatlah ‘kebangkitannya’. 

Okay jom kita tengok antara petua tradisional yang Abang Brian kongsikan untuk semua pembaca abangbrian.com yang sedang baca entri ini.

Petua #1

  1. Sediakan sedikit kunyit hidup dan dapur sirih.
  2. Cabut bulu ketiak anda sehingga akarnya turut terkeluar [JANGAN DICUKUR!]
  3. Sebaik sahaja dicabut, ambil kunyit dan celupkan ke dalam kapur sirih tadi kemudian gosokkan pada ketiak selama 3-5 minit.

Petua #2

  1. Sediakan 10 biji jintan putih.
  2. Campur dengan sedikit kapur barus dan perah sedikit air limau nipis [gaulkan sehingga sebati, wah dah macam nak memasak pula].
  3. Cukur bulu ketiak dan sapurkan ramuan yang sudah digaul tadi.
  4. Gosok selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air.

Petua #3

  1. Ambil sedikit lada putih dan tumbuk bersama dua biji kapur barus.
  2. Gaulkan dengan sedikit minyak kelapa.
  3. Gosokkan ramuan itu pada ketiak sebelum tidur dan biarkan semalaman.

Petua #4

  1. Sediakan 20 biji jintan putih dan 5 kapur barus [tumbuk sehingga lumat].
  2. Campurkan dengan minyak tanah.
  3. Gosokkan pada ketiak selama beberapa minit setiap hari.

Sumber : petuatradisional

Komen dgn Fesbuk

komen