Kepada yang pernah mengalami masalah disengat dengan lebah atau tebuan, pasti anda tidak dapat melupakan rasa sakit bercampur dengan pedihkan?

Kesan dari sengatan itu mampu menjadikan kawasan yang terkena menjadi bengkak kerana bisanya.

Sebelum adanya teknologi yang serba serbi canggih ini, orang-orang tua dulu ada beberapa petua yang sangat mujarab untuk merawat bisa dari sengatan lebah mahupun tebuan.

Antaranya adalah :

Petua #1

  1. Ambil sebiji lobak dan parut atau tumbukkan ia sehingga halus dan berair.
  2. Selepas itu campurkan hirisan lobak itu dengan beberapa titis cuka dan gaul sehingga sebati.
  3. Sapukan ramuan itu pada kawasan yang terkena.

Petua #2

  1. Sediakan garam, air kelapa dan tanah.
  2. Campurkan sedikit garam dengan air kelapa dan titiskan ke atas seketul tanah.
  3. Selepas itu, sapukan ia pada kawasan yang terjejas.

Abang Brian harap dengan petua ini dapat mengurangkan sekali gus menghilangkan rasa disengat lebah atau tebuan. Apa yang penting, kena sentiasa amalkan sehingga baik ye.

Sumber : petuatradisional

Komen dgn Fesbuk

komen