Peranan seorang lelaki yang bergelar ayah sebenarnya sangat penting dalam membentuk jitu diri anak sejak kecil lagi. Disebabkab itu jugalah, kebanyakkan anak-anak akan menjadikan ayah mereka sebagai idola kerana mereka mudah terpengaruh dengan peranan seorang ayah.

Hal ini merupakan fakta yang diperolehi daripada satu kajian di luar negara. Jom kita lihat antara fakta bahawa peranan ayah dapat memberi kesan positif pada perkembangan anak.

  • Kurang Risiko Unutk Berkelakuan Buruk

Terdapat banyak kesan sosial dan psikologi yang wujud apabila si ayah terlibat secara langsung dalam membesarkan anak-anaknya. Jika mereka sering diajak bermain, membaca, bersiar-siar dan mendapat banyak perhatian daripada ayahnya, maka tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai masalah atau berkelakuan buruk pada tahun-tahun awal persekolahan.

  • Beri Pengaruh Positif

Anak-anak akan membesar sebagai anak yang berkelakuan baik dan sangat sedikit kecenderungan mereka untuk menjadi pelaku jenayah apabila mendaki zaman remaja. Penglibatan ayah sangat penting dalam memberikan pengaruh positif kepada anak-anak. Oleh itu kepada kaum lelaki yang bergelar suami dna ayah, janganlah meletakkan 100% tugas mengasuh anak di bahu ibu sahaja.

  • IQ Anak Lebih Tinggi

Di antara sejumlah bayi yang lahir secara pramatang, mereka yang lebih banyak mendapat perhatian dan penjagaan langsung daripada ayah memiliki nilai IQ yang lebih tinggi pada usia 3 tahun berbanding dengan mereka yang tidak pernah diajak bermain atau mendapt perhatian daripada seorang ayah.

  • Kurang Risiko Merokok Bila Dewasa

Anak-anak yang ketika kecil rapat dengan ayah mereka kurang cenderung untuk merokok apabila meniti usia remaja. Menurut kajian daripada Ross D. Parke dari University of California, Riverside, beliau memberitahu bahawa ia banyak memfokuskan kepada perkembangan sosial anak-anak bahawa ayah memiliki peranan penting dalam menentukan kemampuan anak untuk bersosial dengan masyarakat.

  • Lebih Bertanggungjawab

Anak-anak yang membesar dan rapat dengan ayah akan melihat peranan seorang ayah yang bertanggungjawab dalam membantu ibunya membuat kerja rumah dan mendidik anak. Jadi, dia turut akan menjadikan si ayah sebagai idolanya apabila dewasa kelak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab seperti ayah.

Kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa, anda perlu tahu bahawa kedua-duanya memainkan peranan yang penting untuk mencorakkan keperibadian anak anda.

Ingat, mereka dilahirkan seperti kain putih dan tugas ibu ayah untuk berfikir apakah jenis corak yang anda ingin lakukan ke atas mereka.

Sumber : Majalah Pa Ma

Komen dgn Fesbuk

komen