Mempunyai bulu roma diseluruh badan bukanlah sesuatu yang memburukkan penampilan seseorang bahkan ia mempunyai banyak manfaat.

Tetapi ada juga sesetengah netizen yang mempunyai bulu roma yang keterlaluan lebatnya, hehe. Kawasan yang terjejas dengan kelebatan itu adalah di bahagian lengan dan belakang badan.

Jom kita lihat antara petua untuk mengurangkan bulu roma tanpa cukur. Jangan dicukur tau sebab makin dicukur, makin lebatnya ia tumbuh!

  1. Sediakan air limau nipis (2 sudu besar) dan sedikit gula pasir
  2. Campurkan kedua-dua bahan ini dan kacau sehingga sebati
  3. Sapu ramuan itu pada kawasan yang mempunyai bulu roma yang lebat
  4. Biarkan ia sehingga kering dalam setengah jam
  5. Bilas dengan menggunakan air suam

Haa senang sahaja kan? Anda digalakkan untuk mengamalkan petua ini dua kali sehari jika anda ingin melihat kesannya dalam jangka masa yang singkat.

Komen dgn Fesbuk

komen