Haa kepada anda yang mempunyai anak yang sukakan makanan western, boleh cuba resepi makaroni goreng yang kurang pedas. Yela, mesti ada diantara anak anda yang tidak gemar jika makanan itu terlalu pedas kan? Jadi, apa kata anda kurangkan sedikit rasa pedas itu.

Tidak salah jika sekali sekala anda hidangkan makanan western untuk menaikkan lagi selera makan anak anda. Jom kita tengok antara bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahannya :

  • 250 gram makaroni 
  • 1/3 cawan minyak (boleh guna minyak zaitun) 
  • 1 mangkuk kecil daging kisar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang besar 
  • 1/2 sudu kecil herba oregano 
  • 1 sudu kecil Italian herbs 
  • capsicum hijau, hiris nipis 
  • (boleh juga gunakan mixed vegie 
  • 1/2 sudu kecil lada sulah 
  • 4 sudu besar tomato puree 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 biji tomato, potong dadu 
  • semangkuk karot, potong dadu) 
  • garam dan gula secukup rasa 
 Cara penyediaan : 
  • Rebus makaroni di dalam air bersama sedikit garam. Angkat, toskan air dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. 
  • Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga layu. 
  • Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kering airnya. 
  • Masukkan karot, atau mixed vegie (jika anda guna). Taburkan lada sulah, Italian herbs dan herba oregano. 
  • Masukkan tomato puree, sos cili dan tomato. Kacau sehingga sayur-sayuran lembut dan kemudian masukkan makaroni. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. 

Sumber : iResepi

Komen dgn Fesbuk

komen