Mesti ada diantara anda yang pernah mengalami situasi yang mencemaskan apabila tulang ikan tersekat pada kerongkong anda? Haa itu detik paling cemas sebab nak telan air liur pun terasa sakitnya.

Sebenarnya tercekik tulang ikan tidaklah terlalu berbahaya melainkan anda tercekik tulang ikan yang kemain besarnya! 

Bagi anda yang selalu ada masalah macam Abang Brian ini, jom lihat antara petua yang anda boleh gunakan jika anda berhadapan dengan masalah ini.

Petua #1

  • Ambil sedikit nasi dan jadikan ia bulat sebelum menelan [telan ye, bukan kunyah]
  • Selepas 1 minit, minum segelas air.

Petua #2

  • Ambil 1 sudu cuka dan minum. Jika tulang itu masih berada di kerongkong anda, minum lagi 1 sudu cuka dan selepas itu ambil segenggam nasi dan telan.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah tercekik tulang ikan. Yang pastinya petua nombor 1 paling ramai orang amalkan. 

Komen dgn Fesbuk

komen