Pepatah ada mengatakan “Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang” dan pepatah ini juga boleh diguna pakai kepada anda yang sering mengalami masalah sakit kepala.

Jika anda tahu dari mana datangnya punca itu, anda akan lebih tahu cara untuk mengatasinya tanpa perlu menelan panadol. Jom kita lihat antara punca boleh terjadinya masalah ini. 

  • Punca #1 – Pakaian

Ramai yang tidak sedar, tapi inilah realitinya apabila jika pakaian tidak sesuai seperti baju atau seluar yang terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan sakit atau pening pada kepala. Semburan minyak wangi yang berlebihan pada pakaian juga mampu untuk membuatkan anda sakit kepala.

  • Punca #2 – Mata 

Jika anda merenung sesuatu sehingga mata anda menjadi kabur, ia juga boleh menjadi punca anda sakit kepala. Jadi anda digalakkan untuk kurangkan diri melihat cahaya pada screen laptop dan handphone yang terlalu terang. 

  • Punca #3 – Cahaya

Jika anda duduk bertentangan dan berhadapan dengan cahaya yang amat terang, ia juga boleh menjadi salah satu punca. Cahaya dan flash kamera yang berterusan boleh membuat mata berpinau dan menyebabkan pening di kepala. 

  • Punca #4 – Penyakit

Penyakit-penyakit seperti kencing manis, demam denggi, barah, migrain dan sebagainya juga boleh menjadi punca serangan sakit kepala. 

  • Punca #5 – Kepala

Kalau anda mempunyai tabiat yang suka berfikir tentang hal-hal remeh juga mampu membuatkan anda diserang sakit kepala. Otak kita sebenarnya memerlukan rehat yang cukup supaya dapat dihindari dari sakit kepala.

Haa Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti punca mengapa anda sering mengalami masalah sakit kepala.

 

Komen dgn Fesbuk

komen