Pulut kuning sememangnya menjadi kegemaran setiap rakyat Malaysia dengan rasa lemaknya yang begitu menyelerakan.

Untuk pengetahuan ramai, kunci utama untuk membuat pulut kuning ialah kepekatan santan segar yang digunakan dengan beberapa cubit garam untuk membangkitkan lagi lemaknya.

Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaan untuk sajian pulut kuning yang berlemak ini.

Tidak perlulah anda menempah selepas ini kerana anda juga mampu membuatnya terus dari dapur anda.

Bahan yang diperlukan :  

  • 500g beras pulut 
  • 1 sudu kecil kunyit 
  • air secukupnya, untuk rendam pulut 
  • 2 cawan santan pekat 
  • garam secukup rasa 
  • 3-4 helai daun pandan 

Cara penyediaan : 

  1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam. 
  2. Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya. 
  3. Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar. 
  4. Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang.

Sumber : iResepi

Komen dgn Fesbuk

komen