Sikap mudah marah atau lebih dikenali dengan panggilan ‘panas baran’ memang sering berlaku dan kebanyakkan daripadanya sukar untuk mengawal kemarahan sehingga boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap diri sendiri dan orang disekeliling.

Menurut kajian, jika seseorang itu mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal, ia boleh menyebabkan individu itu mengalami penyakit jantung dan juga strok!

Bagi anda yang mudah marah, berhati-hati dan usahakanlah untuk membuang sikap panas baran itu. Cara terbaik untuk anda mengelakkan diri dari ‘meletup’ dan mengawal kemarahan serta mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut adalah dengan  berehat sebentar untuk menenangkan diri. 

Sementara berehat tu lakukan tips mudah mengawal kemarahan berikut.

  • Tarik nafas dalam-dalam.
  • Jauhkan diri dari situasi yang membuatkan anda marah.
  • Cuba mendengar muzik atau lagu yang yang dapat membuatkan anda relaks.
  • Selepas bertenang barulah anda kembali pada situasi sebelumnya. 
  • Minum teh chamomile atau lemon kerana ia boleh membantu menenangkan diri daripada stress.
  • Kepada mereka yang beragama Islam, ambillah wuduk untuk meredakan kemarahan anda kerana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta dari api. 

Jika anda mampu untuk mengawal kemarahan anda, ia akan membuatkan anda lebih tenang dan dapat membantu anda menjadi lebih gembira dan disukai oleh orang sekeliling. 

Kemarahan juga akan membuatkan anda nampak lebih tua dari usia anda, so janganlah marah-marah okay?

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : petuahidupsihat

Komen dgn Fesbuk

komen