Untuk mendapatkan perut yang flat, bukan semuanya terletak pada senaman sahaja tau. Senaman memang perlu, tapi tabiat harian anda yang lain juga memberi kesan untuk melambatkan proses untuk perut nampak lebih flat. 

Jom tengok antara beberapa tips untuk menampakkan perut leper dengan cepat dan mudah.

Postur : Perut seleper papan pun akan kelihatan buncit kalau kamu suka slouch. Bila berdiri, tolak ke dalam tulang punggung dan angkat bahagian depan pelvik anda. Percayalah, perut anda akan serta-merta jadi meleper.

Jangan fokus pada berat : Kalau anda mempunyai kesukaran untuk capai berat ideal, buang saja alat timbang itu dan ukur perkembangan itu dengan menggunakan sepasang jeans kegemaran yang selalu buat anda rasa feel good.

PemakananTerlalu banyak makanan proses, bergandum juga minuman beralkohol pasti akan ‘membulatkan’ perut anda. Pilih diet sihat dan pelbagai, dan lakukan banyak senaman kardio seperti berjalan, berlari dan cross training untuk menggerakkan sistem pencernaan.

BernafasPernah rasa sakit tak di belakang, bahu dan leher anda ketika anda melakukan senaman untuk meleperkan perut? Berkemungkinan anda terlalu memberi tekanan kepada otot luar hingga menyebabkan tubuh anda menjadi out of balance. Kuncinya di sini adalah relaks saja. Tarik nafas panjang dan perlahan kemudian perlahan-lahan sambungkan minda anda dengan your inner core. Cuba anda bayangkan bagaimana otot ini bekerja kalau anda sukar untuk memberi penafasan yang baik?

Sumber : cosmopolitan

Komen dgn Fesbuk

komen