Abang Brian ingin mengucapkan TAHNIAH kepada wanita diluar sana yang sedang hamil! Jaga kandungan baik-baik tau! Hehe.

Bila sudah pegang title ‘pregnant lady‘ mesti tidak akan terlepas dengan masalah morning sickness tidak kiralah sama ada ia teruk ataupun tidak. 

Entri kali ini Abang Brian nak kongsikan petua untuk kurangkan rasa loya dan mual ketika mengandung. 

  • Lemon

Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar. 

  • Halia

Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.

  • Peppermint

Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. 

  • Vitamin B6

Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25 miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75 miligram sehari.

  • Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit

Jangan biarkan perut kosong. Nanti anda dan baby tak sihat. Makan siki-sikit dan perlahan-perlahan.

  • Banyakkan Minum Air

Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk.

  • Selalu Isi Perut Dengan Biskut

Sentiasa standby biskut, dalam bag dan juga tepi katil. Tak kesah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan

  • Makan Makanan Yang Kurang Menarik

Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pon kadang-kadang nak tengok pon tak boleh. Masa inilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet

  • Makan Karbohidrat

Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau! Nanti gemuk sangat pulak, HEHE.

  • Makan Makanan Tinggi Protein

Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke dan sebagainya

Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan baby dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doctor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat.
 
Enjoy each dan every moment of your pregnancy 🙂
 Sumber : ibuzarith

Komen dgn Fesbuk

komen