Ada banyak cara untuk hadapi tekanan, salah satunya adalah melalui karakter anda sendiri. Jom kita lihat antara tips untuk anda buang rasa stress dalam diri anda.

  • Si Kreatif

Cuba fikirkan perkara seni yang mampu membuatkan kamu relaks. Anda boleh cuba adult coloring book, menonton filem indie atau menulis blog.

  • Si Sosialit

Bagi anda yang sukakan kehidupan hype, rancang sesi minum petang dengan teman-teman lama dan saling bertukar cerita. Bergaul dengan mereka yang rapat dengan anda boleh melegakan rasa tertekan dan efeknya juga berpanjangan lebih-lebih lagi jika anda luahkan apa yang sedang dialami.

  • Si Pengembara

Anda jenis yang mudah berasa bosan, jadi sebaiknya lakukan aktiviti yang boleh memacu adrenalin setiap waktu. Daftarkan diri di gim atau sertai larian maraton 10km, anda pasti boleh lakukannya! Jika tak mahu lakukan sesuatu yang pantas, rancang sesi mendaki bersama teman-teman atau percutian bersama yang tersayang. 

  • Si Bijak

Cuba lakukan sesuatu yang boleh membuatkan minda anda terus bekerja tapi bukan di bawah pengaruh tekanan, seperti permainan Monument Valley yang boleh anda muat turun di telefon pintar. Tak pun, layan sudoku!

  • Si Pemalu

Anda tak suka dikelilingi ramai orang? Tak ada masalah, anda boleh bermain dengan binatang peliharaan di rumah atau cuba projek DIY. Aktiviti santai begini boleh melegakan minda dan membuatkan fikiran dan perasaan menjadi lebih tenang.

Selamat mencuba!

Sumber : cosmopolitan

Komen dgn Fesbuk

komen