Negara kita ini memang mempunyai cuaca yang agak panas sampaikan tekak jadi kering. Haa jadi entri kali ini Abang Brian nak kongsikan cara untuk menghasilkan ais krim pisang yang marvellous

Ini bukan beli ais krim dekat luar lepas itu buat sendiri tau! Resepi kali ini anda akan buat ais krim anda sendiri. Jadi, jangan percaya dengan gambar diatas ye, hehe

Bahan yang diperlukan :

  • Pisang Emas 
  • Nestum (ikut perisa pilihan)
  • Milo
  • Alat melenyek
  • Bekas menggaul
  • Cawan ais krim
  • Plastik kemasan penutup (Cling Wrap)

Cara membuatnya :

  1. Sediakan bekas bersih, hiris tebal pisang supaya mudah untuk dilenyek.
  2. Lagi sedap kalau anda menggunakan pisang emas sebab teksturnya lebih lembut dan rasanya manis berlemak.
  3. Lalu, lenyek pisang sehingga konsistensinya menjadi seperti pisang lenyek untuk dijadikan cekodok.
  4. Sediakan cawan ais krim atau gelas jerinih pilihan anda.
  5. Lapiskan bahagian permukaan cawan ais krim dengan nestum terlebih dahulu. 
  6. Lapiskan pula dengan pisang lenyek sebelum ditabur dengan serbuk milo di atasnya.
  7. Ulang dengan lapisan nestum, pisang lenyek dan milo sehingga ke pangkal permukaan cawan ais krim tersebut. Pastikan  bahagian paling atas adalah taburan milo.
  8. Tutup permukaan dengan plastik kemasan jernih (cling wrap) agar ais beku tidak menyelaputi bahagian atas ais krim pisang tersebut.
  9. Simpan semalaman di dalam peti ais sehingga benar-benar beku.

Haa amacam? Senang sahaja kan untuk membuat ais krim pisang? Daripada anda beli di luar, apa kata anda cuba sendiri di rumah.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : wanista

Komen dgn Fesbuk

komen