Tidur akan jadi sangat indah apabila menghadap kipas angin. Pergh, memang layan! Pasti ramai yang suka tidur dengan keadaan seperti ini tambahan pula negara kita sememangnya terkenal dengan cuaca panas. Tetapi tahukah anda, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri kita sendiri?

Aliran angin dari kipas angin yang sedang berputar laju boleh menyebabkan kita menghadapi kesukaran bernafas. Tak percaya? Cuba buka tingkap bila kereta sedang bergerak laju. Anda akan rasa pernafasan kurang lancar apabila angin bertiup ke arah muka. Sama juga dengan kipas angin. Akibat aliran angin yang kuat, maka sukar untuk kita menghirup oksigen dan menyebabkan kita sukar untuk bernafas seperti biasa.

Lebih memburukkan keadaan jika kita memasang kipas angin mengarah ke wajah kita dengan pintu bilik dan tingkap yang tertutup rapat. Selain lebih sukar untuk bernafas, suhu badan kita juga akan turun dengan cepat. Secara lazimnya bila kita sedang tidur, suhu badan kita akan menurun dengan perlahan-lahan.

Tetapi bila kita tidur menghadap kipas angin selain suhu badan akan turun, nafas dan denyutan jantung pun akan menjadi lambat. Dan selain itu tekanan darah juga akan menurun. Ia tidak ubah seperti kita berendam dalam air sejuk untuk tempoh yang lama. Keadaan sebegini boleh menyebabkan pernafasan kita menjadi lemah dan jantung tidak dapat berfungsi dengan betul dan ini boleh mengakibatkan kematian.

Jadi, memang bahaya kalau kita tidur dengan bilik dan tingkap yang tertutup rapat sambil menghadap ke kipas angin. Lebih-lebih lagi jika kipas angin dengan kelajuan maksimum diarahkan ke wajah kita.
Sumber : Nota Info

Komen dgn Fesbuk

komen