Bila sebut sahaja ‘sambal ikan bilis’, pasti ramai yang akan terbayang-bayang sambal yang dimakan bersama nasi lemak, bihun, mee goreng dan seangkatan dengannya. Sedapnya…!

Okay kali ini Abang Brian nak kongsikan cara untuk menyediakan sambal ikan bilis yang sangat sedap! Bukan setakat sedap sahaja, cara penyediaannya pun sangat mudah. Tak percaya? Jom kita lihat!  

Bahan yang diperlukan : 

  • 1 Cawan Bilis (Siap Kopek)
  • 20 Helai Cili Kering  (Dikisar)
  • 2 Biji Bawang Kecil  (Dikisar)
  • 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
  • 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
  • 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • Garam (Secukupnya)
  • Gula (Secukupnya)
  • Air Asam Jawa (Secukupnya)

Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan 4 biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar 2 biji.

Cara penyediaan : 

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
  • Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
  • Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
  • Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
  • Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
  • Tutup api dan hidang.

Haaa selamat mencuba tau! Nanti bila sudah siap masak, jangan lupa kasi Abang Brian rasa sikit ye 🙂 

 

Sumber : buatwanita

Komen dgn Fesbuk

komen