Kepada anda yang mempunyai parut jerawat mahupun lekuk kesan daripada parut jerawat, anda boleh cuba aplikasikan bahan dibawah ke raut wajah atau badan anda.

Siapa kata kalau ingin mendapatkan kecantikan kulit, perlukan wang yang banyak? Salah! Dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang harganya tidak melebihi RM5 juga memberikan kecantikan kulit pada anda.

Selain daripada menggunakan lendir daun lidah buaya, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk merawat masalah parut jerawat dan lekuk hasil kesan parut jerawat itu.

Cara #1 : Hilangkan parut dengan asam jawa

  1. Ambil asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut anda kecil, ambil secubit dua sahaja sudah mencukupi.
  2. Kemudian, campurkan asam jawa tadi bersama air dan ramaskannya. Kuantiti air itu hanya sedikit sahaja tau. Jangan sampai ia terlalu cair.
  3. Selepas itu, sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh atau wajah anda. Biarkan ia sehingga kering.
  4. Sebaik-baiknya anda buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh anda. Esok pagi barulah anda basuh.

Cara #2: Hilangkan parut dengan biji asam jawa

  1. Anda perlukan beberapa biji asam jawa.
  2. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.
  3. Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng itu pada permukaan kasar seperti batu sehingga ia mengeluarkan serbuk.
  4. Bila sudah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan dan wajah anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memiliki kulit wajah yang halus, gebu dan cantik. 

SELAMAT MENCUBA!

Komen dgn Fesbuk

komen