Orang kata Sardin ini ibarat makanan yang paling ‘awesome‘ untuk dinikmati ketika sedang ‘sesak’. Yela mana taknya, murah kan? Sardin ni adalah makanan yang paling versatile, masak cara apa pun mesti sedap rasanya.

Jadi, bagi anda yang dah buntu tak tahu nak masak apa menggunakan Sardin bersos tomato, jom lihat resepi dibawah! 

Sardin Kasturi

Bahan: 

  • 1 Tin Sardin
  • 1-2 Biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
  • Cili Api (secukup rasa)
  • 8-10 Biji Limau Kasturi 
  • Kicap lemak manis

Cara penyediaan:

  1. Goreng bawang dan cili sehingga naik bau.
  2. Tuangkan sardin berserta sos tomatonya sekali.
  3. Perahkan limau untuk dapatkan jus asamnya.
  4. Jika anda suka, anda boleh hancurkan sedikit isi ikan sardin.
  5. Taburkan garam sesedap rasa. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
  6. Jika anda mahukan lebih sensasi rasa masam, boleh campurkan beberapa potong tomato.

Nota: Limau kasturi digunakan untuk mengurangkan hanyir ikan sardin tersebut. Jika dapat menikmati masakan sardin asas ini dengan telur dadar memang menjilat jari habis!

Sambal Sardin

Bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • Pes cili (cili kering yang telah siap dikisar)
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
  • Air asam jawa
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk )
  • 3 biji kentang (dihiris tebal dan digoreng)
  • 1 biji lada besar
  • Kicap lemak manis
  • Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing sebelum memasukan pes cili sehingga masak dan naik bau.
  2. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan ia sebati seketika.
  3. Tuang sardin sekali dengan sosnya. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul sebati.

Sardin Masak Lemak Cili Api

Bahan:

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 10 biji buah belimbing besi
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 cm kunyit (ditumbuk)

Cara penyediaan:

  1.  Masukan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
  2. Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
  3. Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
  4. Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Sardin Goreng Halia

Bahan:

  • 1 tin sardin bersaiz besar (asingkan sos)
  • 4 batang cili masak (dibelah dua secara memanjang tanpa perlu membuang bijinya)
  • 1 inci halia (dihiris halus-halus)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menggoreng
  • Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin sehingga garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup. Setelah selesai, alihkan ikan tadi.
  2. Dengan menggunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan, tumiskan bahan hirisan sehingga wangi. 
  3. Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa sesedap rasa. Masak sehingga sebati.
  4. kacau perlahan supaya sardin tidak hancur. Masukkan secubit garam dan ajinomoto untuk perasa.

Baked Sardin

Bahan:

  • 1-2 tin sardin bersaiz besar
  • santan pekat
  • Serai
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Kunyit & daun kunyit (jika ada)
  • Sedikit halia
  • Sedikit jus limau kasturi
  • Jintan manis dan ketumbar (jika ada)
  • Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Susun sardin di dalam loyang kaserol, curahkan kesemua bahan yang dikisar bersama (pastikan bahan tidak terlalu berair).
  2. Bakar sehingga masak.
  3. Hidangkan!

Roti Gulung Sardin

Bahan:

  • 1-2 tin sardin bersaiz besar
  • Bawang Putih
  • Cili Merah
  • Cili Api
  • Bawang Besar
  • Minyak menggoreng
  • Roti
  • Serbuk ‘bread crumbs’
  • Telur

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
  2. Masukkan sardin serta sosnya. Goreng sehingga masak. Boleh perahkan sedikit jus limau jika mahu rasa masam.
  3. Gaul dan hancurkan isi ikan sardin supaya mudah untuk digulung rotinya kemudian.
  4. Pukul telur dan taburkan sedikit garam.
  5. Sediakan bread crumbs dalam bekas lain untuk mencelup roti.
  6. Angkat campuran sardin yang telah masak.
  7. Potong kerak roti dan nipiskan roti menggunakan kayu penguli doh.
  8. Letakkan inti di bahagian tengah roti, gulungkan dengan rapi. (Jangan letak terlalu banyak takut gulungan terbuka semasa mengoreng.
  9. Celupkan gulungan roti di di dalam telur dan serta-merta salut ia dengan bread crumbs
  10. Panaskan minyak untuk teknik gorengan minyak penuh.
  11. Masukkan gulungan dan goreng sehingga garing di kedua-dua bahagian gulung.
  12. Makan ketika panas dengan sos atau begitu sahaja.

Nota: Inti sardin goreng tersebut boleh juga dijadikan inti sandwich. Hanya perlu sapu mayonis dan butter ke atas permukaan roti serta dihias dengan timun sebelum diapit dengan kepingan roti lain.

Telur Bungkus Sardin

Bahan: 

  • 4 biji telur
  • 1 tin sardin bersaiz kecil (dihancurkan)
  • 1 paket mix vege
  • Sedikit cili api (dipotong halus)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)

Cara penyediaan:

  1. Goreng telur dadar sepertio biasa
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar
  3. Masukkan sardin yang telah dihancurkan bersama sosnya sekali. Biarkan ia masak seketika.
  4. Masukkan pula sayur campuran jagung, lobak merah dan kacang pis berserta tomato.
  5. Letakkan campuran gorengan sardin di atas telur dadar sebelum membungkusnya.

Maggi Asam Laksa Sardin

Bahan:

  • 2 paket Maggi perisa Asam Laksa
  • 1 tin sardin (dihancurkan dan dibuang kuahnya)
  • Daun pasli (dicincang)
  • Bawang merah
  • Timun
  • Cili padi
  • Nenas
  • Telur Rebus

Cara penyediaan:

  1. Masak Maggi seperti biasa, masukkan perencah dan sardin yang telah dihancurkan.
  2. Hias hidangan dengan cili padi, bawang merah, daun pasli, timun, nenas dan telur rebus.

Nasi Goreng Sardin

Bahan:

  1. Kacang panjang (dihiris kasar)
  2. 1 tin sardin bersaiz kecil
  3. Pes cili (cili boh/cili kering yang dikisar)
  4. Garam secukup rasa
  5. Kicap lemak manis
  6. 1 biji telur
  7. 4 cawan nasi
  8. Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  9. Bawang merah (ditumbuk)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang merah, bawang besar dan pes cili. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sadin yang telah dihancurkan sedikit bersama kacang panjang. Goreng sehingga masak.
  3. Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika (pastikan telur digireng elok takut hanyir nasi goreng anda nanti)
  4. Gaul sardin dengan rapi, masukkan nasi.
  5. Curahkan sedikit kicp lemak manis dan secubit garam untuk penambah perasa.

Asam Pedas Sardin

Bahan:

  • Pes Cili 
  • Bawang merah 3-4 ulas (dikisar)
  • 4-5 batang sayur bendi
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Garam dan gula untuk perasa
  • Bunga kantan (dibelah dua)
  • Daun kesum
  • 1 tin sardin bersaiz besar
  • 8-10 butir halba untuk aroma

Cara penyediaan:

  1. Tumis pes cili, bawang, halba.
  2. Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato dan bendi.
  3. Biar menggelegak dan bendi 1/2 masak.
  4. Akir sekali masukkan ikan sardin yang telah diasingkan dari sos.
  5. Taburkan secubit garam dan gula untuk perasa.

Mesti ada di antara anda yang tak pernah terfikir bahawa sardin boleh dimasak dengan pelbagai resepi yang sangat mudah. Jangan lupa singgah kedai beli sardin dalam tin sekejap lagi tau! 

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : wanista

Komen dgn Fesbuk

komen