Rasanya pernah semua pernah dengar nama restoran Shell Out yang sudah lama trending di sosial media kan? Restoran ini menggunakan konsep makan tanpa pinggan. Jadi, semua makanan yang akan dilambakkan di atas meja yang beralas kertas parchment.

Hidangan di restoran ini memfokuskan kepada makanan laut yang guarantee akan buat anda terliur! Tapi bukan semua berkemampuan untuk makan di sana kerana harganya yang boleh dikatakan mahal.

Apatah lagi kalau anda mahu membawa keluarga anda ke sana. Haa apa kata anda buat Shell Out sendiri di rumah. Lagi puas hati! 

Jom kita tengok antara bahan dan cara penyediaannya.

Bahan untuk membuat pes:

  • Cili kering (direbus)
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Asam keping (anggaran 2-3 keping)

Cara membuat pes:

  1. Kisar semua bahan kecuali asam keping
  2. Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping

Cara memasak ketam:

  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan (jika menggunakan sos ikan, tak perlu gunakan garam)
  3. Masukkan kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dalam kuali
  6. Biarkan sehingga ketam betul-betul sudah masak

Cara memasak udang:

  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih
  2. Masukkan sedikit pes dan tambah sos cili ke dalam kuali
  3. Masak sehingga ia menjadi kering sedikit
  4. Msauk udang, kacau dan tutup kuali seketika

Cara memasak sotong:

  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam serta kunyit
  2. Ambil sedikit pes dan campurkan dengan kuib ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong
  3. Masak menggunakan kuali non stick tau!
  4. Terbalik sotong sehingga ia kering dan masak (jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala, cara penyediaannya sama seperti sambal tumis

Cara penyediaan sayur dan dressing:

  1. Brokoli, kobis bunga, putik jagung, lobak merah dicelur dalam air garam sebelum ditoskan.
  2. Mayonis dicampur dengan sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Haa amacam? Senang sahaja kan? Anda juga boleh hidangkan kesemua makanan ini di atas kertas parchment dan anda juga boleh makan bersama nasi jika anda mahu.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : vanillakismis

 

Komen dgn Fesbuk

komen