Setiap individu mesti menginginkan perut yang leper tanpa buncit. Bila buncit sikit, confirm individu itu akan berasa gelisah terutamanya kaum wanita. 

Mungkin pasangan tidak kisah tetapi seeloknya jagalah penampilan demi untuk memukau si dia 24 jam. Ya, kali ini anda boleh cuba petua ‘ajaib’ dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda.

Bahan-bahan:

  • Lemon (setengah)
  • Kurma (2 biji)
  • Secawan air suam (150ml)
  • Bawang putih (4 ulas)

Cara-caranya:

  1. Kisar semua bahan dan kalau suka boleh blend lemon sekali dengan kulit untuk dapatkan khasiat 100%.
  2. Buang kulit bawang putih.
  3. Kurma dapat mengurangkan pahit selain khasiatnya tersendiri.
  4. Blend semua dan tapis.
  5. Kemudian boleh minum.
  6. Titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada).

Anda boleh minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selepas itu boleh lihat hasilnya selepas seminggu. Petua ini untuk anda yang betul tekad untuk membuang lemak degil. Ingat ya, lemak yang dikumpul setahun tidak hilang dalam masa sehari. Jadi, berusahalah untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Sumber : Mingguan Wanita

Komen dgn Fesbuk

komen