Sebut sahaja nama ‘Paprik Seafood’ pasti akan buat ramai terbayang-bayangkan kuahnya yang masuk ke mulut. Sedapnya!! 

Untuk pengetahuan anda, sos ikan merupakan bahan utama bagi orang Thai jika mereka memasak makanan seafood. Jadi, rasanya tidak salah jika kita juga menggunakan sos ikan sebagai penambah rasa.

Entri kali ini, kita hanya akan menggunakan sotong dan udang untuk menyediakan resepi paprik. Anda juga boleh menambah seafood yang anda gemar jika anda mahukan.

Bahan-Bahan:

  • 4-5 ekor sotong, potong bulat 
  • 8 ekor udang, bersihkan dan buang kulit 
  • 3 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar 
  • 2 inci halia, potong mancis 
  • 1 batang serai, ketuk 
  • 3 sudu besar cili kisar, carikkan 
  • 4 helai daun limau purut 
  • 6 biji cili padi, tumbuk bagi pecah 
  • Kacang panjang 
  • Jagung kecil 
  • Bunga kubis 
  • Carrot 
  • sedikit minyak, untuk menumis

Bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1-2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili 
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
  2. Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
  3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kubis bunga, jagung kecil dan karot.
  4. Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.

Tips:

  • Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos. Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.
  • Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : iResepi

Komen dgn Fesbuk

komen