Kalau kita peratikan zaman sekarang, penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak sangat berleluasa. Tak pelik kalau anak baru berusia setahun tetapi sudah pandai tekan video.

Ini kerana sikap sesetengah ibu bapa yang ingin memudahkan kerja mereka dengan memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak atas alasan anak tersebut akan ‘duduk diam’ dan tidak mengganggu mereka untuk membuat kerja.

Sebenarnya fenomena penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak harus dihentikan atau dikawal sebaiknya kerana telefon pintar memberikan banyak kemudaratan kepada perkembangan kanak-kanak.

Namun ibu ayah boleh perkenalkan anak-anak melayari internet tetapi biar ada batas seperti dibawah : 

Amalan Formula 5 kali 2

  1. Jangan terlalu awal perkenalkan teknologi kepada anak-anak. Tunggu usia 2 TAHUN ke atas. Jangan berikan gajet kepada anak-anak 2 tahun ke bawah.
  2. Hadkan masa penggunaan kepada 2 JAM sehari sahaja.
  3. Pastikan teknologi yang digunakan berbentuk interaktif ataupun 2 HALA. Ini bermakna, anak-anak mempelajari sesuatu daripada teknologi tersebut.
  4. Pastikan 2 BAHASA, sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris agar penguasaan mereka meningkat.
  5. Jadikan teknologi satu perkongsian 2 PIHAK antara ibu dan anak. Bermakna ibu bapa mesti tahu dan peka dengan teknologi yang anak-anak gunakan.

Percaya atau tidak, golongan yang didedahkan telefon pintar pada awal usia akan cepat bosan untuk belajar jika mereka memasuki fasa persekolahan. Namun tak salah jika anak-anak melayari internet, tapi pastikan dipantau! 

Sumber : Majalah Wanita

Komen dgn Fesbuk

komen