Dry shampoo merupakan jalan alternatif yang terbaik ketika rambut anda mula buat hal! Tambah-tambah lagi apabila anda perlu mengejar masa untuk berjumpa dengan orang diluar. Masalah! Masalah!

Untuk pengetahuan anda, anda tidak boleh terlalu mengharapkan dry shampoo setiap masa kerana ia tidak bertindak seperti shampoo biasa yang dapat membersihkan rambut.

Tetapi shampoo biasa juga tidak mampu membersihan keseluruhan rambut terutamanya dibahagian kulit kepala. Hmm lagi masalah!

Jadi, bagaimana cara untuk membersihkan rambut dan kulit kepala tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak? dermatologis terkenal iaitu Dr. Francesca Fusco ada jawapan tentang masalah ini.

  • Campurkan satu sudu besar gula (gula perang memberikan haruman yang lebih best!) dengan syampu pilihan anda
  • Kemudian urut campuran tadi ke rambut secara perlahan sehingga ke kulit kepala.

Campuran ini bukan sahaja dapat membersihkan kulit kepala, membuang kulit mati dan membersihkan habuk di rambut, tetapi ia juga dapat melancarkan peredaran darah di kepala. 

 

Tidak perlu lakukannnya setiap hari kerana jika eksfolasi terlalu kerap membuatkan kulit kepala anda akan mengeluarkan minyak berlebihan kerana terlalu kering sehingga membentuk kelemumur yang banyak. Cukup sekadar 1 – 2 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Cosmopolitan

Komen dgn Fesbuk

komen